Term Of Service Conditions

Dikemaskini pada: 30 November 2021

 

SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN UNTUK PENJUAL

 

Selamat datang ke platform e-Dagang MyVeteranMall dan/atau applikasi mudah alih MyVeteranMall (“Platform tersebut”). Terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan di sini iaitu Syarat-syarat  Perkhidmatan untuk Penjual (“SPP”) akan mengawal penggunaan dan akses Platform yang sebagai Penjual (“Penjual”,  “anda”) di Platform yang disediakan oleh MIDC Technology Sdn Bhd, No. Pendaftaran. 200101026131 (561889-D)  (“MIDC”), sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia, perniagaannya beralamat di No. 2 Jalan 4/76C, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur dan mengendalikan Platform tersebut di www.myveteranmall.com.   Setiap Penjual yang mendaftar dan terus menggunakan Platform tersebut bersetuju bahawa akan terikat dengan SPP ini. Sila baca SPP  ini (termasuk semua  lampiran)(“Terma-terma”) dengan teliti. Kesemua terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan di sini boleh ditukarkan mengikut budi bicara MIDC menurut SPP ini.

 

DENGAN MENDAFTAR DAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN, ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN TERMA-TERMA INI, DAN SEMUA DASAR DI PLATFORM INI.

 

1.     Definisi

1.1

Melainkan konteksnya menghendaki makna yang lain, bahawa perkataan dan ungkapan mempunyai makna berikut:

MyVeteranMall e-Dagang platform

MyVeteranMall menyediakan platform bagi Penjual untuk menawarkan Produk-produk untuk dijualkan kepada Pembeli-pembeli, dan bagi Penjual untuk menyelesaikan transaksi dengan Pembeli-pembeli. Kecuali seperti yang dinyatakan dalam Terma-terma, dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, MyVeteranMall adalah tidak terlibat dalam transaksi aktual antara Penjual dan Pembeli-pembeli dan juga tidak bertanggungjawab untuk mengesahkan ketepatan, kesempurnaan dan kesahihan kandungan-kandungan Penjual yang diterbitkan di Platform tersebut. Sebagai Penjual Produk tersebut, adalah bertanggungjawab untuk memastikan setiap Penjualan adalah sah, dengan menerangkan Produk tersebut dengan tepat, dan Produk tersebut adalah dibungkus, dihantar, dijamin dan dipenuhi dengan semua kewajipan jualan dan selepas jualan berkenaan yang dikehendaki oleh undang-undang atau oleh perdagangan. Anda bersetuju untuk menggunakan Perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di dalam Platform ini adalah atas risiko anda sendiri.

Maklumat Sulit

Bermaksud apa-apa maklumat yang didedahkan oleh Pihak (“Pihak Pendedah”) yang kepada Pihak lain (“Pihak Penerima”) menurut atau berkaitan dengan SPP ini atau diperolehi atau diterima oleh Pihak Penerima akibat daripada memasuki atau melaksanakan kewajipannya di bawah SPP ini dan rundingan yang berkaitan, atau peruntukan atau perkara subjek SPP ini, sama ada secara lisan atau bertulis, dan sama ada maklumat tersebut dinyatakan dengan jelas sebagai sulit atau ditandakan sedemikian, dan hendaklah mengecualikan maklumat yang boleh didapati dari domain awam atau diterima daripada pihak ketiga sebelum pendedahan oleh Pihak Pendedah tersebut

Hari Penghantaran

Ertinya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pembayaran pesanan oleh Pembeli-pembeli bagi setiap pesanan.

Hak Harta Intelek

Semua hak cap dagangan, hak paten, hak cipta, nama dagang, nama domain, hak potret, hak reka bentuk, model utiliti, rahsia perdagangan, pengetahuan, maklumat sulit, hak pangkalan data, hak perisian, semikonduktor dan / atau hak susunan atur litar dan semua pelbagai hak harta intelek lain.

Platform

Bermaksud aplikasi mudah alih MyVeteranMall dan semua laman web MyVeteranMall di mana aktiviti pengiklanan dan perniagaan, termasuk jualan dan belian Produk Penjual, yang sedang dijalankan.

Produk

Bermaksud produk Penjual yang ditawarkan oleh Penjual untuk dijual seperti disiarkan di Platform ini.

Amaun Penyelesaian

Merujuk kepada amaun yang perlu dibayar kepada Penjual selepas penolakan Bayaran Transaksi, Kos Penghantaran (jika berkenaan) dan Cukai (jika berkenaan) dan lain-lain Kos (jika berkenaan).

Anggaran Penghantaran Masa Ketibaan

Bermaksud anggaran masa untuk penghantaran Produk-produk kepada Pembeli oleh syarikat penghantaran yang ditugaskan.

Pembeli-pembeli

Bermaksud pembeli Produk yang membuat pembelian melalui Platform tersebut.

Pengguna

Bermaksud mana-mana pihak yang menggunakan Platform tersebut.

2.     Akaun Penjual

2.1

Setiap Penjual yang mendaftar untuk menggunakan Platform ini akan diberikan satu Akaun Penjual setelah diluluskan oleh MyVeteranMall mengikut butir-butiran seperti, nama, akaun bank dan butiran serta perihalan lain seperti yang terdapat dalam semasa pendaftaran.

2.2

MyVeteranMall berhak untuk menolak pendaftaran Akaun Penjual tanpa memberikan apa-apa alasan

2.3

Sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun atau umur sah memasuki kontrak yang mengikat secara sah, adalah tidak dibenarkan mendaftar untuk Akaun Penjual.

2.4

Penjual adalah bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan Akaun Penjual dan kata laluan Penjual masing-masing dan apa-apa maklumat keselamatan lain, untuk menyekat akses yang tidak dibenarkan kepada Akaun Penjual.

2.5

Semasa menggunakan Platform ini, Penjual di larang:-

  • Menyiar kandungan atau produk-produk yang menyalahi undang-undang di Platform ini;
  • Melanggar apa-apa undang-undang dan melanggar hak-hak harta intelek pihak ketiga;
  • Memanipulasi harga Penjual lain (Produk) atau mengganggu penyenaraian Penjual lain di Platform;
  • Mengelak atau memanipulasi struktur bayaran, proses pengebilan, atau bayaran yang terhutang kepada MyVeteranMall;
  • Menyiar kandungan palsu, tidak tepat, mengelirukan, memfitnah atau penyataan-penyataan fitnah atau kandungan-kandungan (termasuk maklumat peribadi);
  • Memindah Akaun Penjual kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis daripada pihak MyVeteranMall;
  • Mengedar atau menyiar spam, surat berantai, skim piramid atau maksud yang seupama dengannya;
  • Mengedar virus atau apa-apa teknologi lain yang boleh membahayakan Platform MyVeteranMall, atau kepentingan atau harta MyVeteranMall dan mana-mana pengguna Platform MyVeteranMall;
  • Menyalin, mengubah suai, atau mengedarkan semua kandungan dari MyVeteranMall dan semua hak cipta dan cap dagangan MyveteranMall;
  • Menggunakan atau mengambil faedah ke atas maklumat mengenai mana-mana pengguna Platform, termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat e-mel, tanpa persetujuan mereka;
  • Mengguna Akaun Penjual yang tersedia atau membuat satu Akaun Penjual baru dengan tujuan memintas atau mengelakkan had pembelian atau Penjualan, sekatan, atau dasar lain yang dikenakan oleh MyVeteranMall dari semasa ke semasa;
  • Menyalin atau mengedarkan kandungan yang tidak dibenarkan daripada sumber pihak ketiga yang lain dan menyiarkan ke Platform ini.

2.6

Jika MyVeteranMall berpuas hati atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa Penjual telah melakukan salah satu daripada tindakan berikut:-

  • Melanggar apa-apa terma SPP ini;
  • Melanggar apa-apa dasar yang dilaksanakan oleh MyVeteranMall;
  • Melanggar Hak-hak Harta Intelek pihak ketiga;
  • Melakukan penipuan di dalam Platform;
  • Bertindak dengan secara yang memudaratkan kepentingan MyVeteranMall dan pengguna – pengguna lain di Platform ini;

MyVeteranMall berhak tanpa notis mengambil tindakan-tindakan berikut kepada Penjual, termasuk tetapi tidak terhad kepada tindakan-tindakan berikut:-

  • Menggantung atau menamatkan Akaun Penjual tanpa notis;
  • Mengehad akses kepada ciri-ciri Akaun Penjual;
  • Membatalkan penyenaraian produk-produk Penjual;
  • Membatalkan amaun-amaun Penyelesaian;
  • menghadkan penggunaan Akaun Penjual;
  • Melaporkan kepada pihak berkuasa untuk aktiviti aktiviti berunsurkan jenayah serta menyalahi undang-undang;
  • Memulakan tindakan sivil untuk menuntut ganti rugi yang berkaitan;
3.     Bayaran Transaksi

3.1

MyVeteranMall akan mengenakan bayaran transaksi kepada Penjual untuk setiap transaksi yang telah lengkap yang dilakukan oleh Penjual di Platform. (“Bayaran Transaksi”)

3.2

Kadar Bayaran Transaksi mengikut kategori produk adalah seperti lampiran 1.

3.3

Semua Bayaran Transaksi adalah tidak termasuk sebarang cukai jualan, cukai perkhidmatan, dan apa-apa duti atau cukai lain yang mungkin dikenakan oleh kerajaan (“Cukai”).

3.4

Apa-apa Cukai yang dikenakan ke atas Bayaran Transaksi hendaklah dibayar oleh Penjual.

3.5

Untuk mengelakkan keraguan, Fasal 3.3 dan 3.4 di atas tidak akan dipakai jika Bayaran Transaksi yang dikenakan oleh MyVeteranMall tidak menarik cukai jualan berdasarkan pengecualian menurut Seksyen 35 Akta Cukai Jualan 2018 dan/atau cukai perkhidmatan berdasarkan pengecualian menurut Seksyen 34 Akta Cukai Perkhidmatan 2018 yang hendaklah termasuk apa-apa versi terkini dan dikemas kini.

4.     Kewajipan Penjual

4.1

Penjual hendaklah mengurus dan memastikan bahawa maklumat yang berkenaan seperti harga dan butiran produk, jumlah inventori dan terma dan syarat untuk Penjualan dikemaskinikan melalui halaman Akaun Penjual dan Penjual dilarang untuk memaparkan maklumat yang tidak benar, tidak tepat atau mengelirukan.

4.2

Harga Produk untuk dijual akan ditentukan oleh Penjual mengikut budi bicaranya sendiri. Penjual mungkin perlu mengambil kira semua faktor yang berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada,  Bayaran Transaksi dan/atau fi Komisyen, bayaran kos penghantaran (jika ada) dan bayaran – bayaran lain yang mungkin dikenakan. Harga Produk dan  bayaran penghantaran hendaklah termasuk keseluruhan jumlah yang akan dikenakan kepada Pembeli seperti Cukai, tarif, dan lain-lain cukai di bawah memperuntukkan undang- undang (jika ada), dan Penjual tidak akan mengenakan bayaran tambahan untuk merangkumi Cukai, tarif, dan lain-lain secara berasingan.

4.3

Penjual dibenarkan untuk mengatur penghantarannya Produk sendiri dan akan bertanggungjawab ke atas kos penghantaran yang ditentukan oleh syarikat penghantaran pilihan Penjual. Walaubagaimanapun, Penjual hendaklah membayar kos penghantaran (jika ada) kepada MIDC untuk pesanan yang dihantar oleh syarikat penghantaran pilihan MIDC dengan menggunakan akaun korporat MyVeteranMall. Penjual mengakui bahawa anggaran kos penghantaran sebelum penghantaran adalah tidak mengikat. Penjual bersetuju bahawa ia akan bertanggungjawab untuk kos penghantaran sebenar yang ditentukan oleh syarikat penghantaran.

4.4

Kos penghantaran akan ditolak daripada amaun penyelesaian Penjual untuk pesanan yang dihantar oleh syarikat penghantaran pilihan MIDC dengan menggunakan akaun korporat MyVeteranMall. Penjual mengakui bahawa anggaran kos penghantaran sebelum penghantaran adalah tidak mengikat. Penjual bersetuju bahawa ia akan bertanggungjawab kepada kos penghantaran yang sebenar yang ditentukan oleh syarikat penghantaran.

4.5

Penjual bersetuju untuk membenarkan MIDC, melibatkan diri dalam aktiviti promosi untuk dan bagi pihak Penjual untuk mendorong transaksi antara Pembeli dan Penjual dengan promosi, diskaun atau pembayaran balik Bayaran Transaksi; dengan memberikan hadiah percuma atau dengan cara lain. Dalam apa jua keadaan, pelarasan atau diskaun sedemikian(jika ada), Bayaran Transaksi tidak akan menukar Amaun Penyelesaian ditentukan yang perlu dibayar kepada Penjual. Untuk tujuan mempromosikan jualan Produk yang disenaraikan oleh Penjual, MyVeteranMall mungkin, tertakluk kepada persetujuan Penjual, menyiarkan produk tersebut, pada harga yang diselaraskan, di laman web pihak ketiga, seperti laman portal dan laman perbandingan harga, dan laman web lain, yang dikendalikan oleh MIDC dan/ atau syarikat bersekutu atau rakan kongsinya. Untuk mengelakkan keraguan, Penjual hendaklah dibayar mengikut harga yang diberikan oleh Penjual tanpa potongan atau ditolak untuk apa-apa promosi, diskaun atau bayaran balik oleh MIDC (jika ada) atas harga Penjual.

4.6

MyVeteranMall boleh dengan persetujuan Penjual untuk mengenakan kos transaksi tambahan dan atau fi komisyen yang berkaitan dengan aktiviti promosi yang disertai oleh Penjual. MyVeteranMall berhak untuk membatalkan sebarang promosi jika penipuan atau aktiviti serupa disyaki.

5.      Kewajipan MyVeteranMall

5.1

MyVeteranMall hendaklah memastikan bahawa semua peruntukan undang-undang dan keperluan kepada Platform telah dipatuhi.

5.2

MyVeteranMall akan mengambil langkah-langkah pro aktiv dan dengan usaha terbaiknya untuk mengelakkan kelewatan dalam transaksi atau apa-apa gangguan kepada Platform yang boleh menghalang Pembeli-pembeli daripada munggunakan MyVeteranMall.

6.      Hak Harta Intelek

6.1

Penjual perlu memastikan bahawa semua kandungan termasuk penyenaraian, maklumat, spesifikasi, gambar, dan produk untuk dijual, seperti yang dibekalkan atau disediakan oleh Penjual di Platform tidak melanggar hak cap dagangan, hak paten, hak cipta, nama dagang, nama domain, hak potret, hak reka bentuk, model utiliti, rahsia perdagangan, pengetahuan, maklumat sulit, hak pangkalan data, hak perisian, semikonduktor dan / atau hak susun atur litar dan pelbagai hak harta intelek lain yang wujud di dunia yang dimiliki oleh pihak ketiga.

6.2

Penjual juga perlu memastikan bahawa penggunaan Hak-hak Harta Intelek tersebut mempunyai kelulusan atau persetujuan pemilik Hak Harta Intelek yang terlebih dahulu. Sekiranya terdapat sebarang tuntutan pelanggaran yang dibukti atau pelanggaran Hak Harta Intelek yang dibuat oleh mana-mana pihak ketiga terhadap penggunaan Hak Harta Intelek Penjual di Platform, MyVeteranMall mempunyai hak mutlaknya mengeluarkan penyenaraian, maklumat, spesifikasi, gambar produk yang dituntut dan / atau apa-apa bahan yang melanggar tersebut tanpa memberi notis awal kepada Penjual dan tidak akan bertanggungjawab terhadap kemungkinan yang boleh memberi kesan kepada mana – mana pihak. Apa-apa kos yang mungkin ada dari tuntutan pelanggaran Hak Harta Intelek oleh Penjual ditanggung oleh Penjual.

6.3

Untuk tujuan mempromosikan produk atau perkhidmatan Penjual, maklumat mengenai produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Penjual di Platform boleh didedahkan kepada pihak ketiga yang mempunyai usaha sama dengan MyVeteranMall, termasuk mana-mana platform yang dimiliki oleh dan / atau bergabung dengan pihak ketiga tersebut, serta blog dimiliki oleh Pengguna Platform lain di mana penyebaran maklumat adalah oleh Pengguna lain di blog mereka, dengan syarat bahawa penyebaran tersebut hanya boleh dilakukan selepas Penjual telah bersetuju dan telah meluluskan kandungan, karya seni dan maklumat tersebut.

6.4

Penjual bersetuju untuk membebaskan MyVeteranMall dari segala tindakan undang-undang, tuntutan atau liabiliti yang mungkin timbul daripada penggunaan Hak Harta Intelek tanpa kebenaran yang digunakan oleh Penjual atau sebarang pelanggaran mana-mana undang-undang harta intelek yang berkenaan.

6.5

Penjual hendaklah memaklumkan MyVeteranMall dengan secepat mungkin untuk sebarang aduan atau dakwaan pelanggaran Hak Harta Intelek oleh mana-mana pihak ketiga. Semua kerugian dan kos kepada MyVeteranMall yang timbul daripada mana-mana pelanggaran Hak Harta Intelek oleh Penjual akan diberi pampasan sepenuhnya oleh Penjual.

6.6

Kesemua pihak tidak boleh, semasa atau selepas tamat tempoh atau penamatan SPP ini, menggunakan nama Pihak lain (a) dalam atau secara keseluruhan atau sebahagian daripada cap dagangan, nama domain dan / atau nama dagangnya sendiri; (b) dengan cara yang mungkin mengelirukan, mengelirukan dan / atau menipu; dan (c) dengan cara yang meremehkan pihak lain.

6.7

Kesemua pihak bersetuju bahawa SPP ini tidak akan menimbulkan kepada satu Pihak yang mempunyai hak, hak milik, kepentingan atau tuntutan terhadap Hak Harta Intelek Pihak lain. Pada setiap masa, Hak Harta Intelek dan khususnya, nama jenama setiap Parti ditinggal sebagai hak milik tunggal Pihak tersebut.

7.      Produk

7.1

Penjual hendaklah mengemukakan semua Produk baru kepada MyVeteranMall untuk disemak dan melalui proses kelulusan untuk paparan talian di Platform tersebut. Selepas Penjual telah mengemukakan Produk, MyVeteranMall  hendaklah membalas kepada Penjual dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja. Jika diluluskan, MyVeteranMall hendaklah memaparkan Produk Penjual di Platform seperti yang dinyatakan oleh Penjual. Sekiranya permintaan ditolak oleh  MyVeteranMall, Penjual boleh membuat pertukaran,  pindaan atau pelarasan yang diperlukan dan memohon semula untuk proses kelulusan.

7.2

Waran Penjual seperti berikut:

  • Bahawa Produk yang disenaraikan di Platform tersebut adalah tulen, dibenarkan, sah, tidak melanggar Hak-hak Harta Intelek mana-mana pihak ketiga, dan tidak melanggar apa-apa undang-undang yang terpakai dan terkini. Penjual hendaklah memberikan bukti (bila diminta demikian) untuk membuktikan bahawa Penjual adalah pemilik dan/ atau dibenarkan, atau diberi kuasa untuk menggunakan Hak-hak Harta Intelek yang tertanam atau digunakan bersama-sama dengan Produk yang disenaraikan di Platform tersebut.
  • Bahawa siaran Produk yang dijual di Platform tersebut adalah mematuhi semua undang-undang Malaysia berkenaan, termasuk dan tidak terhad kepada Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Makanan 1983 dan Akta Jualan Dadah 1952. Penjual hendaklah jika diminta, mengemukakan bukti seperti salinan sijil atau lesen yang berkaitan yang dikeluarkan di bawah undang-undang Malaysia, sebagai bukti Penjual memiliki sijil atau lesen yang diperlukan.
  • Bahawa penerbitan Produk yang dijual di Platform mematuhi peruntukan-peruntukan undang-undang berkaitan dengan pengiklanan di Malaysia. Penjual hendaklah, jika dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan berkenaan, dengan serta-merta mengemukakan bukti bahawa ia telah mematuhi keperluan yang berkaitan, seperti salinan sijil atau lesen berkaitan yang dikeluarkan oleh badan piawaian. Jika Penjual melanggar apa-apa waranti yang diperuntukkan di sini dan pelanggaran tersebut tidak diperbaiki dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari Penerimaan notis bertulis daripada MyVeteranMall, MyVeteranMall boleh menghentikan semua jenis penyenaraian iklan, maklumat, spesifikasi, gambar, dan / atau pengumuman berkenaan Penjual bersama-sama dengan Produk berkaitan dengan  Akaun Penjual dan melaksanakan apa-apa hak yang diperuntukkan dalam Fasal 2.6 di atas.
8.      Penghantaran

8.1

Setelah menerima pembayaran dari Pembeli, Penjual akan menerima notifikasi melalui e-mel yang dijana secara automatik untuk memproses pesanan tersebut. Penjual hendaklah mengambil tindakan yang perlu untuk memastikan penghantaran akan dihantarkan dalam tempoh Hari Penghantaran. Sekiranya Penjual gagal melakukan demikian tanpa mendapat kelulusan bertulis atas kelewatan penghantaran, MyVeteranMall berhak untuk membatalkan pesanan bagi pihak Penjual selepas sepuluh  (10) hari kalendar dari hari pembayaran diterima daripada Pembeli. MyVeteranMall akan mengenakan penalti berjumlah 5% daripada jumlah transaksi tidak termasuk bayaran penghantaran ke atas Penjual untuk setiap transaksi yang dibatalkan oleh MyVeteranMall menurut klausa ini.

8.2

Penjual hendaklah menghantar dan memasukkan maklumat penghantaran termasuk nama syarikat penghantaran, nombor penjejakan, dan butir-butir lain yang berkaitan dengan pesanan melalui Platform dalam tempoh Hari Penghantaran di dalam Order “Shipments”, tidak termasuk pesanan pra-pesanan dan rentas sempadan. Sebelum Produk dihantar, Pembeli diberi peluang untuk membatalkan pesanan dengan kelulusan Penjual. Jika Penjual gagal untuk menghantar Produk selepas tarikh tamat, Hari Penghantaran, MyVeteranMall boleh membatalkan transaksi sebelum Produk dihantar. MyVeteranMall  tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan kepada Penjual yang sepadan disebabkan oleh pembatalan tersebut, dengan syarat MIDC, wakilnya atau kakitangan yang berkaitan tidak menyumbang kepada kelewatan tersebut.

8.3

Penjual hendaklah mengambil semua tindakan yang munasabah untuk memastikan Pembeli menerima Produk dalam tempoh masa (Anggaran Penghantaran Masa Ketibaan) yang dinyatakan di halaman Butiran produk. Jika Penjual gagal menyampaikan Produk dalam tempoh tersebut atau Produk tidak diterima oleh Pembeli disebabkan oleh alasan yang tidak disebabkan oleh Pembeli tetapi disebabkan oleh kecuaian, atau Penjual, seperti penghantaran ke alamat yang salah, Penjual hendaklah menanggung semua liabiliti yang berkaitan dengannya.

9.      Pembatalan, Pertukaran, Pulangan dan Bayaran Balik

9.1

Pembeli boleh membatalkan pembelian pada bila-bila masa sebelum Produk menunjukkan status “Dihantar” (“Shipped”). Setelah Produk yang dibeli menunjukkan status “Dihantar” (“Shipped”) , pembatalan akan tertakluk kepada kelulusan Penjual dan MyVeteranMall. Sekiranya terdapat percanggahan mengenai keputusan untuk membenarkan atau menolak pembatalan tersebut, keputusan MyVeteranMall adalah mutlak dan diterima pakai. Pembeli boleh memohon untuk pemulangan dan/atau bayaran balik dengan alasan terdapat tiada ketibaan Produk, pertukaran Produk, kecacatan dan atau kerosakan pada Produk dengan memberikan bukti untuk menyokong permintaan anda kepada Penjual.  (jika berkenaan).

9.2

Berkaitan dengan perkara-perkara syarat pengkembalian, Penjual dikehendaki menyediakan alamat lengkap pemulangan barangan dan hubungan talian terhadap apa-apa Produk yang dijual. Penjual bersetuju untuk mengendalikan semua barangan isu pulangan MyVeteranMall tidak akan berfungsi sebagai ejen pengendalian. Tiada kos akan di tanggung oleh MyVeteranMall

9.3

Selepas menerima permintaan pertukaran dan atau pemulangan daripada Pembeli, Penjual mesti membuat keputusan samada memberi kelulusan atau menolak permintaan dalam masa dua (2) hari bekerja. Sekiranya Penjual gagal berbuat demikian, MyVeteranMall akan menganggap bahawa Penjual telah menerima permintaan Pembeli dan secara automatik akan meneruskan bayaran balik. Sebaik sahaja permintaan untuk pertukaran pulangan telah diterima oleh Penjual dan Penjual telah menerima Produk yang dikembalikan oleh Pembeli, Penjual perlu mengesahkan keadaan status barangan yang dikembalikan dan mengesahkan pulangan pertukaran mematuhi syarat pengembalian Penjual. Walau bagaimanapun, dalam keadaan di mana Penjual ingin mempertikaikan pemulangan Pembeli Produk dan meminta bayaran balik, atau pertukaran, MyVeteranMall  boleh menangguhkan bayaran balik atas permintaan Penjual dengan bukti dan atas sebab yang munasabah.

9.4

Kos pulangan akan ditanggung oleh pihak yang menyebabkan permintaan pulangan tersebut, seperti:

  • Pembeli, di mana pulangan adalah disebabkan oleh tindakan, peninggalan dan / atau perubahan fikirannya; dan
  • Penjual, di mana pulangan adalah disebabkan oleh kerosakan/“defect” atau kecacatan dalam Produk, kelewatan penghantaran oleh Penjual, dan / atau penghantaran produk yang salah atau berbeza.

9.5

Untuk pertukaran Produk disebabkan oleh kerosak/”defect” atau kecacatan dalam Produk atau penghantaran Produk yang salah, Pembeli mesti mengembalikan Produk kepada Penjual. Penjual perlu menghantar Produk gantian kepada Pembeli selepas Penjual menerima Produk yang dikembalikan. Penjual wajib menggunakan sistem penjejakan disediakan oleh syarikat penghantaran dan Penjual mesti mengemukakan nombor penjejakan baharu kepada Pembeli. Untuk pertukaran Produk disebabkan oleh perubahan fikiran Pembeli, pertukaran mesti diluluskan terlebih dahulu oleh Penjual dan Caj penghantaran semula akan ditanggung sepenuhnya oleh Pembeli. Caj pembayaran penghantaran semula mesti dibayar oleh Pembeli kepada Penjual selepas Penjual bersetuju untuk menukar Produk dan Penjual telah menerima Produk pulangan daripada Pembeli. MyVeteranMall tidak akan menanggung apa-apa kos yang melibatkan pertukaran dan pemulangan Produk.

10.      Penyelesaian (“Settlement”)

10.1

Penjual hendaklah mengemukakan maklumat pengenalan perniagaan Penjual seperti salinan lesen perniagaan atau dokumen syarikat, dokumen pengenalan wakil perniagaan (MyKad/ Pasport), dan apa-apa dokumen sokongan lain yang diperlukan oleh MIDC, yang dapat membuktikan bahawa akaun bank itu dimiliki oleh Penjual.

10.2

Amaun yang perlu dibayar oleh MyVeteranMall kepada Penjual untuk jualan yang berjaya di Platform (“Amaun Penyelesaian”) hendaklah dikira dan dikreditkan terus ke Akaun Bank berdaftar Penjual dalam tempoh lima (5) hari perniagaan selepas Penjual memaklumkan di dalam Platform apabila selesai penghantaran dibuat.

10.3

Amaun Penyelesaian hendaklah dibayar dengan cara berikut:

  • Untuk semua pesanan yang statusnya telah dikemas kini oleh Penjual kepada “Selesai” (“Completed”), Amaun Penyelesaian hendaklah dibayar kepada Penjual dalam tempoh tidak melebihi tiga 5 hari bekerja (T+5)
11.      Perlindungan Privasi atau Data Peribadi

11.1

MyVeteranMall memadangkan perlindungan privasi Pembeli dan Penjual sebagai prinsip yang sangat penting. Maklumat pengguna disimpan dan diproses di komputer yang dilindungi oleh fizikal dan peranti keselamatan teknologi.

11.2

MyVeteranMall tidak menjual atau menyewakan maklumat peribadi Penjual kepada pihak ketiga untuk tujuan pasaran atau ulasan-ulasan perniagaan tanpa persetujuan daripada Penjual. Penggunaan maklumat Penjual akan diterhadkan untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini. Penjual boleh mengakses dan mengubah suai maklumat yang disediakan oleh MyVeteranMall dan memilih untuk tidak menerima komunikasi-komunikasi yang tertentu dengan log masuk ke dalam akaum Penjual di dalam Platform MyVeteranMall.

11.3

Jika MyVeteranMall mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Penjual telah melanggar sebarang SPP ini, MIDC merizabkan hak untuk bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa kerajaan di dalam siasatan bagi mana-mana perbuatan salah sivil atau jenayah yang berterusan. Selanjutnya, MIDC boleh mendedahkan identiti dan maklumat kenalan Penjual, atau apa-apa data berkenaan transaksi jika diminta oleh kerajaan atau pihak berkuasa undang-undang, daripada sapina atau apa-apa tindakan undang-undang yang lain. MyVeteranMall tidak bertanggung jawab ke atas kerosakan atau keputusan hasil dari dedahan tersebut, dan Penjual bersetuju untuk tidak akan mengambil tindakan atau membuat tuntutan terhadap MyVeteranMall bagi pendedahan tersebut.

11.4

Dengan penerimaan Perjanjian SPP ini, Penjual bersetuju bahawa maklumat peribadi yang dikutip menurut Polisi Privasi dan undang-undang perlindungan data Malaysia.

11.5

  • MyVeteranMall disini mewakili, mewarankan dan mengaku janji untuk mematuhi sepenuhnya dengan peruntukan-peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta tersebut”) dan apa-apa undang-undang berkenaan pemprosesan (seperti didefinasikan di dalam Akta tersebut) bagi apa-apa maklumat berkenaan transaksi komersial tersebut, yang berkaitan sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi seorang individu yang dikenali atau boleh dikenali dari maklumat atau dari yang berkenaan atau apa-apa maklumat yang lain di milik MyVeteranMall yang berkaitan SPP ini, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan ungkapan pendapat berkenaan individu tersebut (“Data Peribadi”).

11.6

MyVeteranMall bersetuju untuk memproses Data Peribadi di mana SPP ini adalah berkenaan menurut terma-terma dan peruntukan-peruntukan yang dinyatakan in di dalam SPP ini, MyVeteranMall bersetuju bahawa akan:

  • Mengutip Data Peribadi dari individu-individu dan/atau pihak ketiga menurut tanggungjawab-tanggungjawabnya di bawah SPP ini, MyVeteranMall, mengaku janji dan memberi mewarankan akan memastikan dengan usaha yang sedaya upaya, untuk memastikan perjanjian-perjanjian yang sewajarnya didapati menurut undang-undang yang berkenaan, termasuk tanpa limitasi Akta tersebut, telah diperolehi dapat dari individu-individu dan/atau pihak ketiga, dan bukti persetujuan-persetujuan tersebut akan dikemukakan oleh MyVeteranMall selepas permintaan munasabah dari Penjual;
  • Memproses Data Peribadi pada setiap masa menurut Akta tersebut dan dengan tujuan untuk memenuhi tanggungjawab-tanggungjawabnya menurut SPP ini dan di dalam cara yang ditentukan oleh Penjual secara bertulis dan bukan untuk sebab lain atau di dalam apa cara pun kecuali dengan perjanjian bertulis dahulu secara nyata oleh Penjual;
  • Menurut cara yang konsisten dengan Akta tersebut dan menurut panduan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, meletakkan proses-proses dan prosedur-prosedur untuk melindungi terhadap pemprosesan Data Peribadi yang dijalankan tanpa kebenaran atau salah di sisi undang-undang dan melindungi keselamatan, integriti, kerahsiaan Data Peribadi dan tidak membenarkan apa-apa akses kepada, penggunaan, pendedahan, penerbitan atau penyebarannya yang tidak dibenarkan, MyVeteranMall akan menggunakan tahap tugas dan penelitian yang paling tinggi sekali, sama seperti MyVeteranMal menggunakan dan melindungi Data Peribadinya sendiri, tapi di dalam apa cara jua MyVeteranMall tidak akan menggunakan kurang dari tahap penjagaan munasabah komersialnya;
  • Memastikan kakitangan MyVeteranMall (iaitu pekerja, wakil-wakil, agen-agen dan/atau kontraktor-kontraktor kecil) telah dimaklumkan dan adalah dilatihkan berkenaan tanggungjawab-tanggungjawabnya menurut SPP ini berkenaan keselamatan, pengendalian dan perlindungan Data Peribadi dan MIDC akan memastikan bahawa kesemua kakitangannya akan menuruti Akta tersebut dan mencegahkan apa-apa pengutipan, penggunaan atau pendedahan Data Peribadi yang boleh menyebabkan MyVeteranMall, secara langsung atau tidak langsung untuk melanggar tanggungjawab-tanggungjawabnya menurut Akta tersebut;
  • Dengan perintah mahkamah yang sah, setakat apa yang perlu dilakukan sebagai balasan permintaan agensi penguatkuasa undang-undang atau secara tegas untuk tujuan-tujuan melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawabnya menurut SPP ini, MyVeteranMall tidak akan, tanpa kebenaran bertulis Penjual, memaklumkan kepada pihak ketiga mana-mana Data Peribadi yang telah didapati olehnya menurut terma-terma dan syarat-syarat SPP ini. MyVeteranMall akan dengan segera memaklumkan Penjual apabila ia mendapat pengetarhuan bahawa pendedahan Data Peribadi akan diperlukan untuk mematuhi undang-undang yang terpakai;
  • Pemindahan Data Peribadi ke luar Malaysia menurut terma-terma dan syarat-syarat SPP, tidak akan dibuat tanpa kebenaran bertulis Penjual dan adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat SPP ini, pemindahan berkenaan tidak akan dilaksanakan tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu Penjual tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang Penjual akan tentukan kepada MyVeteranMall menurut pilihan Penjual;
  • Jika MyVeteranMall menerima apa-apa aduan, notis atau komunikasi , sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi pemprosesan Data Peribadi atau terhadap Pihak-pihak di sini untuk memastikan pematuhan dengan Akta tersebut, MyVeteranMall akan dengan segera memaklumkan Penjual dan akan membekalkan Penjual dengan kerjasama sepenuhnya berkenaan aduan-aduan, notis dan komunikasi-komuinikasi berkenaan;
  • Di dalam keadaan Subjek Data (seperti didefinisikan di dalam Akta tersebut) melaksanakan hak menurut Akta tersebut berkenaan Data Peribadi, MyVeteranMall akan memaklumkan Penjual secepat mungkin; dan MyVeteranMall selanjutnya bersetuju untuk membantu Penjual dengan kesemua permohonan maklumat-maklumat Subjek Data yang mungkin diterima dari Subjek Data berkenaan Data Peribadi;
  • Di dalam keadaan kompromi atau pelanggaran sistem keselamatan MyVeteranMall, server-server dan fasiliti-fasilit, atau mana-mana akses yang dibuat tanpa kebenaran kepada, untuk mengguna dan/atau pendedahan Data Peribadi (“Breach of Security”), semasa di dalam milikan MyVeteranMall’s, MyVeteranMall akan dengan segera memaklumkan Penjual setelah MyVeteranMall mula mendapat tahu atau menemui kompromi atau Pelanggaran Keselamatan berkenaan.
  • Apabila terdapatnya Pelanggaran Keselamatan, MyVeteranMall akan:
    • Menggunakan usaha terbaiknya untuk mengurangkan kesan-kesan negatif yang mungkin terjadi akibat kompromi atau Pelanggaran Keselamatan tersebut;
    • Menggunakan usaha-usaha komersial yang munasabah untuk menyediakan sumber-sumber yang mencukupi dan data untuk Penjual untuk memastikan kesan penuh dan sebab utama terjadinya kompromi atau Pelanggaran Keselamatan tersebut;
    • Berkerjasama dengan penuh dengan Penjual untuk menyiasat sebab-sebab Kompromi atau Pelanggaran Keselamatan dan untuk meemberikan notis kepada individu-individu yang terkesan dan/atau agensi-agensi undang-undang dan/atau undang-undang yang berkenaan, seperti yang diperlukan oleh undang-undang; dan
    • Membenarkan fasiliti-fasiliti pemprosesan datanya, prosedur-prosedurnya dan dokumentasinya dikemukakan untuk penilitian Penjual atau wakil-wakilnya untuk memastikan ia mematuhi terma-terma SPP ini.

11.7

MIDC hanya menyimpan Data Peribadi untuk masa yang diperuntukan selama yang patut secara munasabah untuk tujuan yang dinyatakan oleh MIDC di dalam SPP ini. Selepas masa tersebut, MIDC akan memulangkan atau memusnahkan mana-mana Data Peribadi yang diterima dari Penjual. Atas permintaan Penjual, MIDC dari sini boleh memberikan Penjual surat akuan berkanun yang diikrarkan oleh seorang pengarah MIDC, megesahkan bahawa tanggungjawab-tanggungjawabnya di bawah klausa ini telah dipenuhi.

11.8

Walau apa pun berkenaan terma-terma SPP di sini, Kesemua pihak di sini setuju untuk mengikuti undang-undang privasi Malaysia yang ditadbir Akta tersebut dan apa-apa statut atau regulasi yang berkenaan and ini juga termasuk apa-apa semakan akta, pengubahsuaian atau pindaan kepada yang sama.

12.      Kandungan

12.1

Penjual boleh memaparkan ulasan-ulasan, pendapat-pendapat, gambar dan kandungan lain; dan juga memberikan, cadangan-cadangan, idea-idea, pendapat-pendapat, dan maklumat lain selagi kandungan tersebut adalah tidak palsu, tidak tepat, mengelirukan, salah di sisi undang-undang, lucah, mengancam, memfitnah, invasif privasi, melanggar hak-hak harta intelek, atau sebaliknya mencederakan pihak-pihak ketiga atau benda yang dibantah dan tidak terdiri daripada atau mengandungi virus-virus perisian, kempen-kempen politik, tawaran-tawaran komersial, surat-surat layang, pos-pos secara besar atau mana-mana bentuk “spam.” Penjual tidak dibenarkan untuk menggunakan alamat-alamat emel palsu, menyamar orang atau entiti, atau sebaliknya mengelirukan asal usul atau kandungan lain. MyVeteranMall merizabkan hak, tetapi tidak bertanggungjawab, untuk mengeluarkan atau menyunting ulasan-ulasan, sebab tidak selalu menyemak kandungan yang dipaparkan.

12.2

Tertakluk kepada persetujuan Penjual, MyVeteranMall diberikan hak tidak eksklusif, tanpa royalti, dan boleh di lesenkan seterusnya untuk mengguna, mengeluarkan semula, mengubahsuai, menyesuaikan, menerbit, menterjemah, mereka karya-karya derivatif, mengedar, dan memaparkan kandungan yang dipaparkan oleh Penjual diseluruh dunia di dalam apa-apa bentuk untuk tujuan SPP ini. MyVeteranMall diberi hak untuk menggunakan nama yang Penjual kemukakan berkenaan kandungan tersebut, termaktub kepada kelulusan Penjual bagi karya seni dan maklumat sebelum ia dipaparkan secara awam oleh MyVeteranMall. Penjual mewarankan bahawa Penjual adalah tuanpunya atau mempunyai kawalan kandungan-kandungan yang dipaparkan di Platform tersebut; bahawa kandungan tersebut adalah tepat; dan penggunaan kandungan yang dibekalkan tidak melanggar mana-mana terma-terma SPP ini atau mana-mana polisi-polisi yang dilaksanakan oleh MyVeteranMall di Platform tersebut dan tidak akan menyebabkan kecederaan kepada mana-mana orang atau entiti. MyVeteranMall mempunyai hak tetapi bukan bertanggungjawab untuk mengawas dan menyunting mana-mana activiti atau kandungan.

13.      Perniagaan-perniagaan lain

13.1

Perjanjian MyVeteranMall dan Penjual di sini adalah atas dasar tidak eksklusif. Pihak-pihak selain dari MyVeteranMall boleh mengendalikan kedai-kedai, menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan, menjual barang-barang atau menyenaraikan iklan pada Platform tersebut dan Platform tersebut boleh dihubungkan kepada Platform lain atau syarikat-syarikat yang berkaitan dan pada syarikat-syarikat yang tertentu. MyVeteranMall adalah tidak bertanggungjawab untuk memeriksa atau menilai dan juga tidak memberi apa-apa representasi atau jaminan, nyata atau tersirat atau waranti-waranti bagi Produk-produk berkenaan atau individu-individu atau kandungan-kandungan pada platform mereka. MyVeteranMall tidak mengambil tanggungjawab atau liabiliti bagi tindakan-tindakan, Produk dan kandungan-kandungan bagi apa-apa syarikat yang berkenaan dan/atu mana-mana pihak ketiga.

13.2

MyVeteranMall dibenarkan, dengan kosnya sendiri, untuk mengambil bahagian untuk iklan digital pada semua kedai-kedai runcit Penjual-Penjual diseluruh Malaysia seperti diluluskan oleh Penjual. Pihak-pihak akan menguruskan dengan rapi dan memastikan semua maklumat yang berkenaan seperti harga dan butir-butir produk teresbut dan term-terma dan syarat-syarat untuk jualan adalah dikemaskini. Penjual akan menerima kedai, kawasan yang ditetapkan di dalam kedai tersebut, karya seni dan semua kandungan-kandungan berkenaan baki iklan tersebut sebelum penerbitan. MyVeteranMall harus mengemukakan kepada Penjual kesemua lesen-lesen, kelulusan-kelulusan, persetujuan-persetujuan dan dokumen-dokumen yang berkenaan yang kesemuanya adalah sah berkenaan iklan dan and MyVeteranMall akan mengikut semua polisi-polisi dan peraturan-peraturan Penjual berkenaan pemasangan, penyelenggaraan, pembukaan, pemindahan dan semua perkara-perkara berkenaan iklan tersebut.

14.      Akses dan Gangguan

14.1

Platform tersebut mungkin mengandungi “Robot Exclusion Headers”. Kebanyakan maklumat di laman web tersebut adalah dikemaskini pada masa dinyatakan dan proprietari atau berlesen kepada MyVeteranMall oleh Pengguna Platform atau pihak ketiga. Penjual bersetuju untuk tidak menggunakan apa-apa robot, labah-labah, pengikis atau cara automatik lain untuk mengakses Platform tersebut untuk apa-apa tujuan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada  MyVeteranMall. Di samping itu, Penjual bersetuju bahawa ia tidak akan:

  • Mengambil apa-apa tindakan yang mengenakan atau mungkin mengenakan pada infrastruktur Platform MyVeteranMall;
  • Menyalin, menghasil semula, mengubah suai, mencipta karya terbitan daripada, mengedar atau memaparkan secara terbuka sebarang kandungan, kecuali maklumat Penjual sendiri, daripada Platform tersebut tanpa menerima kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada MyVeteranMall;
  • Mengganggu atau cuba mengganggu kerja kerja platform dengan sebarang aktiviti-aktivit yang dijalankan di Platform tersebut; atau
  • Memintas “Robot Exclusion Header” MyVeteranMall atau langkah-langkah lain yang boleh digunakan oleh MIDC untuk menghalang atau menyekat akses ke Platform tersebut.
15.      Indemniti

15.1

Penjual hendaklah memberikan indemniti kepada MIDC dan pemegang saham, pengarah, pegawai, pekerja, ejen, ahli gabungan, pekerja, ejen, pegawai dan wakilnya daripada sebarang kos, tuntutan, kerugian, denda, penalti, penyelesaian, ganti rugi (sama ada kepada harta atau kecederaan badan) dan/atau perbelanjaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada semua perbelanjaan penyelesaian pertikaian, bayaran peguam) yang ditanggung atau dialami oleh MIDC yang disebabkan oleh Penjual dan/atau tertimbul sebarang transaksi yang dibuat di Platform tersebut, penggunaan atau penyalahgunaan Platform tersebut, sebarang pelanggaran undang-undang atau pelanggaran mana-mana hak pihak ketiga, sebarang pelanggaran kewajipan Penjual di bawah SPP ini, dengan syarat bahawa pelanggaran itu tidak disumbangkan oleh Penjual, wakilnya atau kakitangannya berkaitan.

16.      Penafian

16.1

MyVeteranMall (termasuk pemegang saham, pengarah, pegawai, pekerja, ejen, ahli gabungan, pekerja, ejen, pegawai dan wakilnya) tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungan, tindakan atau ketidakgiatan Pengguna lain, atau Produk yang disenaraikan oleh Penjual lain, termasuk kandungan yang disiarkan oleh Penjual tersebut. Penjual mengakui bahawa MyVeteranMall dan Platform bukan penyedia perkhidmatan membeli-belah dalam talian tradisional atau pelelong. Sebaliknya, MyVeteranMall  dan Platform menyediakan pasaran elektronik atau platform e-Dagang untuk Pembeli dan Penjual untuk menjalankan transaksi antara Pembeli dan Penjual. MyVeteranMall hanya bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menguruskan Platform dan membuat usaha yang munasabah untuk mengekalkan perkhidmatan yang cekap di Platform. MyVeteranMall  dan Platform tidak terlibat dalam transaksi sebenar di antara Pembeli dan Penjual.

16.2

MyVeteranMall tidak akan bertanggungjawab untuk :-

  • Akses tanpa kebenaran kepada atau pengubahan penghantaran atau data Penjual, apa-apa kepentingan atau data yang dihantar/diterima atau tidak dihantar atau diterima, atau apa-apa transaksi yang dibuat melalui Platform tersebut.
  • Sebarang kandungan atau kelakuan yang mengancam, memfitnah, lucah, menyinggung atau menyalahi undang-undang lain atau sebarang pelanggaran hak lain, termasuk Hak Harta Intelek.
  • Sebarang kandungan yang dihantar menggunakan perkhidmatan komunikasi dan / atau termasuk dalam Platform oleh mana-mana pihak ketiga.

16.3

MyVeteranMall dan Platform tidak mempunyai kawalan ke atas dan tidak menjamin kualiti, keselamatan atau kesahihan produk yang diiklankan, kebenaran atau ketepatan kandungan atau penyenaraian Pengguna, keupayaan Penjual untuk menjual produk kepada Pembeli, keupayaan Pembeli untuk membayar Produk, atau bahawa Pembeli atau Penjual sebenarnya akan menyelesaikan transaksi. MyVeteranMall  dan Platform tersebut tidak memindahkan pemilikan sah produk dari Penjual kepada Pembeli-belah. Melainkan Pembeli-belah dan Penjual bersetuju sebaliknya, Pembeli-belah  akan menjadi pemilik produk yang sah apabila menerima Produk secara fizikal daripada Penjual. MIDC tidak dapat menjamin akses berterusan atau akses selamat kepada perkhidmatannya, dan operasi Platform mungkin terganggu oleh pelbagai faktor daripada kawalan MyVeteranMall  dan  MyVeteranMall  tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan dalam transaksi, sebarang gangguan kepada Platform yang mampu menghalang Pembeli-belah untuk membeli Produk.

16.4

Oleh itu, setakat yang dibenarkan secara sah, MyVeteranMall  tidak bertanggungjawab kepada sebarang kehilangan wang, muhibah, atau reputasi, atau apa-apa ganti rugi khas, tidak langsung, atau berbangkit yang timbul daripada penggunaan Platform oleh Penjual yang cuai. Semua bahan, maklumat, perisian dan kandungan lain di Platform adalah berdasarkan “sebagaimana adanya” tanpa jaminan atau syarat dalam apa jua bentuk, nyata atau sama ada tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jaminan tersirat atau syarat kebolehdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu, tajuk, bukan pelanggaran, keselamatan atau ketepatan.  MyVeteranMall  telah membuat usaha yang munasabah untuk menyiarkan maklumat semasa dan tepat di Platform; walau bagaimanapun, MyVeteranMall tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketidaktepatan atau ketinggalan dalam maklumat yang diberikan oleh Penjual di Platform tersebut. Dalam apa jua keadaan,  MyVeteranMall tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan kepada Pembeli yang disebabkan oleh pergantungan pada maklumat yang diberikan oleh Penjual dan diperoleh melalui Platform tersebut.

16.5

Selanjutnya, MyVeteranMall tidak akan, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan jika tiada apa-apa kecuaian kasar dan/atau tindakan sengaja MyVeteranMall, bertanggungjawab kepada Penjual dalam kontrak, tort atau sebaliknya untuk apa-apa kehilangan pendapatan, peluang, muhibah, reputasi atau apa-apa jenis kerugian tidak langsung atau berbangkit khas.

16.6

MyVeteranMall tidak akan bertanggungjawab kepada apa-apa ganti rugi berbangkit dalam apa jua bentuk, termasuk yang disebabkan oleh: (1) Pergantungan kepada bahan-bahan yang dibentangkan, (2) Kos penggantian Produk, (3) Kehilangan penggunaan, data atau keuntungan, (4) Kelewatan atau gangguan perniagaan, dan (5) Penggunaan, atau ketidakupayaan untuk menggunakan Platform, sama ada atau tidak MyVeteranMall telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut, dengan syarat bahawa MyVeteranMall, wakilnya atau kakitangan yang berkaitan tidak menyumbang kepada kerosakan tersebut.

17.      Had Liabiliti

17.1

Meskipun Fasal 16 di atas, jika MyVeteranMall didapati bertanggungjawab kepada Penjual setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, liabiliti agregat MyVeteranMall  dengan ahli gabungannya dan pemegang saham, pengarah, pegawai, pekerja, ejen, ahli gabungan, pekerja, ejen, pegawai dan wakil kepada Penjual atau sesiapa yang menuntut melalui Penjual untuk semua tuntutan yang timbul daripada kontrak,  tort atau ekuiti atau apa-apa sebab tindakan lain tidak boleh melebihi RINGGIT MALAYSIA TIGA RATUS (RM300.00) SAHAJA.

18.      Tarikh berkuatkuasa

18.1

Tidak mengambil kira tarikh SPP ini, Perjanjian ini akan berkuatkuasa dari tarikh Penjual menekan butang “Saya Terima” dan/atau mana-mana butang yang lebih kurang sama maksud atau tujuan untuk melengkapkan proses pendaftaran ditalian untuk menjadi Penjual Platform.

19.      Penamatan

19.1

Perkhidmatan yang disediakan oleh MyVeteranMall menurut SPP ini  boleh ditamatkan dengan serta-merta oleh mana-mana Pihak dengan memberikan notis bertulis ataupun atas sebab berikut:

  • Jika Akaun Penjual Penjual ditamatkan oleh MyVeteranMall atas apa jua sebab;
  • Jika mana-mana Pihak melanggar sebarang Terma dan Syarat SPP ini dan/atau Polisi berkaitan yang dikenakan oleh MyVeteranMall dari semasa ke semasa dan gagal membetulkannya dalam tempoh empat puluh lima  (45)  hari kalendar dari notis Pihak lain secara bertulis;
  • Jika mana-mana Pihak tidak dapat membayar hutangnya atau petisyen untuk penggulungan dibentangkan atau ia masuk ke dalam pembubaran atau pengurusan kehakiman atau kompaun dengan pemiutangnya atau penerima secara amnya dilantik ke atas semua atau apa-apa asetnya atau mengalami apa-apa pelaksanaan ke atas aset tersebut; atau
  • Jika mana-mana Pihak tidak dapat mematuhi, atau mendapatkan atau mengekalkan apa-apa kebenaran, lesen atau pendaftaran yang diperlukan daripada pihak berkuasa untuk melaksanakan tugasnya seperti yang ditetapkan di bawah ini.

19.2

Walaupun apa yang dinyatakan di sini, Penjual boleh menamatkan Perkhidmatan yang disediakan oleh MyVeteranMall menurut SPP ini dengan memberikan notis dan menghantarkan email kepada support@myveteranmall.com sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari terlebih dahulu mengenai penamatan kepada MIDC tanpa perlu memberikan sebarang sebab.

19.3

Selepas penamatan:

  • Dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dari tarikh notis penamatan diterima, MyVeteranMall akan mengeluarkan semua penyenaraian, Hak Barangan dan Harta Intelek Penjual daripada Platform tersebut;
  • Dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penamatan, MyVeteranMall akan memberikan ringkasan akhir jumlah nilai Amaun Penyelesaian yang dipindah milik bersama-sama dengan Amaun Penyelesaian yang belum dijelaskan. Semua pesanan yang belum diproses oleh Penjual dan bahawa Produk tersebut belum dihantar oleh Penjual akan dibatalkan dan apa-apa bayaran yang diterimakan daripada Pembeli akan dikembalikan dengan sewajarnya (jika ada);
  • Dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penamatan seperti yang diarahkan oleh Penjual, MyVeteranMall hendaklah memadamkan, memusnahkan atau membersihkan semua gambar dan maklumat yang diberikan oleh Penjual menurut  SPP ini.

19.4

Walau apa pun sebab penamatan, semua pihak hendaklah tetap bertanggungjawab untuk memenuhi semua obligasi-obligasi atau apa-apa tuntutan, pembayaran, hutang atau perkara-perkara yang sah dalam tempoh penamatan.

20.      Anti-Rasuah

20.1

Mana-mana Pihak tidak akan menerima atau bersetuju untuk menerima daripada Pihak lain atau menawar atau memberi atau bersetuju untuk memberikan kepada Pihak lain dan/atau mana-mana pegawai awam sebarang hadiah atau pertimbangan apa-apa jenis sebagai dorongan atau ganjaran untuk melakukan atau kerana telah melakukan atau larangan untuk melakukan sebarang apa-apa tindakan berhubung dengan pelaksanaan SPP ini. Pelanggaran syarat ini oleh mana-mana Pihak atau oleh sesiapa yang bekerja untuknya atau bertindak bagi pihaknya yang mana ia mempunyai sebab untuk mempercayai telah atau telah cuba melakukan sesuatu perbuatan yang merupakan satu kesalahan di bawah AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009 akan memberi hak kepada Pihak lain untuk menamatkan Perkhidmatan dengan serta-merta pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis serta-merta untuk kesan itu dan menuntut (jika ada) jumlah kerugian yang bertimbul daripada Penamatan.

20.2

Pada setiap masa, mana-mana Pihak hendaklah mematuhi dengan undang-undang yang dipakai di Malaysia termasuk, tanpa had kepada AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009, yang hendaklah memasukkan semua versi terkini yang dikemaskini berkenaannya dan/atau yang berkaitan dengan antirasuah dan hendaklah memaklumkan kepada Pihak lain dengan cara yang munasabah jika ia mengetahui, atau mempunyai sebab untuk mengetahui jikalau adanya pelanggaran undang-undang berkenaan yang berlaku atau mungkin telah berlaku semasa melaksana kewajipannya di bawah SPP.

21.      Lain-lain

21.1

Sekiranya ada peruntukan di dalam SPP diisytiharkan tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh Mahkamah bidang kuasa atau timbang tara yang kompeten, peruntukan tersebut hendaklah disifatkan boleh diasingkan dan peruntukan yang tertinggal dan terkandung di dalam ini tidak akan terjejas atau terjejas oleh itu.

21.2

Tajuk adalah untuk tujuan rujukan sahaja dan tidak mengehadkan skop atau tahap seksyen yang berkaitan.

21.3

Kegagalan untuk melaksanakan, atau apa-apa kelewatan semasa melaksana, pada bila-bila masa, hak atau remedi yang diperuntukkan di bawah SPP ini tidak patut menjadi satu penepian bagi apa-apa hak lain dengan menguatkuasakan pelanggaran peruntukan tersebut atau sebagai satu penepian bagi apa-apa peruntukan dalam SPP ini atau sebagai penepian bagi sebarang pelanggaran berterusan, berjaya atau seterusnya terhadap peruntukan atau peruntukan lain SPP tersebut dan ia tidak akan menghalang atau membatasi pelaksanaan selanjutnya atau hak atau remedi lain. Tiada pelaksanaan tunggal atau sebahagian daripada hak atau remedi yang diperuntukkan di bawah SPP ini atau boleh menghalang atau menyekat pelaksanaan selanjutnya dengan undang-undang atau hak atau remedi lain.

21.4

Sebarang pertikaian, perbezaan atau tuntutan antara Pihak-pihak di sini, yang timbul daripada atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan SPP ini, atau apa-apa pelanggaran atau pelanggaran yang didakwa, hendaklah diselesaikan antara Pihak-pihak melalui perbincangan bersama, rundingan dan penyelesaian yang baik, dalam masa 30 (tiga puluh) kerja hari (“Tempoh Penyelesaian Pertikaian”) pertikaian tersebut dibawa ke notis semua Pihak yang terlibat.

21.5

Kegagalan untuk menyelesaikan pertikaian dalam Tempoh Penyelesaian Pertikaian akan dirujuk kepada timbang tara, mengikut peraturan timbang tara Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia, oleh penimbang tara tunggal. Prosiding timbang tara akan diadakan di Malaysia. Prosiding timbang tara hendaklah diadakan dalam Bahasa Inggeris.

21.6

Pihak yang tidak berkuasa, seperti ditentukan oleh penimbang tara, akan membayar semua perbelanjaan luar poket yang munasabah (termasuk, tanpa had, bayaran peguam yang munasabah) kepada Pihak berkuasa, seperti ditentukan oleh penimbang tara, berkaitan dengan apa-apa pertikaian melainkan penimbang tara mengarahkan sebaliknya.

21.7

Tiada apa-apa pun boleh menghalang semua Pihak daripada mendapatkan relief injunktif atau injunksi interim atau kekal, atau kedua-duanya, dari mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk memberikannya. Usaha untuk mendapatkan injunksi interim atau kekal tidak akan menjadi satu penepian tanggungjawab semua Pihak untuk meneruskan apa-apa remedi bagi semua tuntutan melalui timbang tara yang diterangkan dalam Klausa ini.

21.8

Setiap Pihak hanya boleh menyerahkan apa-apa hak atau kewajipan kepada ahli gabungannya, tertakluk kepada terma SPP ini dengan persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada Pihak lain.

21.9

Kedua-dua Pihak tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian, kerosakan atau penalti yang disebabkan oleh kelewatan atau kegagalan dalam melaksanakan kewajipan mereka di bawah SPP ini jika kelewatan atau kegagalan akibat daripada apa-apa tindakan Tuhan, peperangan, rusuhan, mogok, sekatan, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, wabak, pandemik, kegagalan teknikal atau sistem, undang-undang atau peraturan kerajaan, atau peristiwa lain di luar kawalan munasabah Pihak-pihak (“Peristiwa Force Majeure”), dengan syarat bahawa Pihak yang terjejas oleh Force Majeure Event telah mematuhi kewajipannya di bawah Fasal 21.11 di bawah.

21.10

Pihak-pihak dengan ini bersetuju untuk memberitahu kepada Pihak lain dengan segera tentang keadaan sedemikian yang melambatkan prestasinya dan untuk meneruskan prestasi secepat mungkin. Jika Kejadian Force Majeure menerus untuk tempoh yang melebihi empat belas (14) hari, maka mana-mana Pihak boleh pada bila-bila masa selepas itu, setelah memberi notis kepada yang lain, memilih untuk menamatkan Perkhidmatan tersebut.

21.11

Untuk mengelakkan keraguan, Pihak-pihak hendaklah sepanjang tempoh Kejadian Force Majeure tersebut, dilepaskan daripada sebarang kewajipan di bawah SPP ini seperti yang terjejas oleh Peristiwa Force Majeure kecuali bahawa peruntukan SPP hendaklah terus berkuatkuasa dengan semua kewajipan lain di bawah  SPP ini yang tidak terjejas olehnya.

21.12

Semua Pihak hendaklah, sepanjang tempoh SPP ini dan pada bila-bila masa selepas penamatannya, tidak mengeksploitasi atau mendedahkan kepada mana-mana pihak ketiga sebarang Maklumat Sulit mengenai hubungan antara Pihak-Pihak, atau apa-apa maklumat sulit mengenai perniagaan dan prosedur operasi Penjual atau maklumat sulit lain yang telah diperolehi akibat daripada memasuki SPP  ini, kecuali setakat mana maklumat tersebut di domain awam selain daripada akibat pelanggaran peruntukan Fasal ini, diberikan bahawa Fasal ini tidak akan menghalang pendedahan Maklumat Sulit dengan mematuhi sebarang arahan daripada pihak berkuasa atau kepada penyedia perkhidmatan profesional Pihak seperti peguam, juruaudit dan perunding.

21.13

Penglibatan dua pihak di bawah SPP ini adalah atas dasar bukan eksklusif dan Penjual boleh pada bila-bila masa yang anggap sesuai melantik atau melibatkan entiti lain untuk menyediakan perkhidmatan yang serupa mengikut budi bicara mutlaknya dan tiada apa-apa di dalam SPP ini akan mewujudkan sebarang hubungan perkongsian, usaha sama, agensi, francais atau hubungan wakil jualan antara Pihak-pihak.

21.14

Semua jadual dan/atau lampiran di sini hendaklah diambil, dibaca dan ditafsir sebagai sebahagian daripada SPP ini. Sekiranya terdapat ketidakselarasan antara Terma dan Syarat , SPP ini dan jadual dan/atau lampiran, Terma dan Syarat SPP ini akan berkuatkuasa. Jika terdapat ketidakselarasan diantara versi Bahasa Malaysia dan versi Inggeris bagi SPP ini, versi bahasa Inggeris akan digunapakai. 

21.15

SPP ini dan sebarang versi terkini SPP ini yang disampaikan dengan sewajarnya mengandungi keseluruhan perjanjian antara dua Pihak dan menggantikan semua perjanjian, pengaturan dan /atau persefahaman sebelumnya antara Pihak-pihak, dan tidak boleh diubah suai atau dipinda melainkan melalui instrumen secara bertulis yang ditandatangani oleh wakil-wakil Pihak yang diberi kuasa.

21.16

Masa, apabila disebut dalam SPP ini, hendaklah menjadi intipati.

21.17

Melainkan konteksnya menghendaki, perkataan yang mengimport nombor tunggal hendaklah termasuk jamak dan sebaliknya.

21.18

Notis, permintaan atau tuntutan.

  • Sebarang notis yang perlu disampaikan oleh mana-mana Pihak di sini kepada Pihak lain hendaklah secara bertulis dan penyampaian tersebut hendaklah dianggapkan cukup jika dihantarkan melalui pos berdaftar kepada Pihak lain di alamat masing-masing yang dinyatakan di sini atau di alamat terakhir yang diketahui di Malaysia atau dihantarkan melalui e-mail ke alamat e-mel terakhir yang diketahui yang diberikan oleh Pihak.
  • Sebarang notis, tuntutan atau permintaan yang dihantar secara peribadi hendaklah dihantar ke alamat berkaitan yang dinyatakan di sini atau alamat lain yang selanjutnya ditemui dan hendaklah dianggapkan telah diberikan pada masa penghantaran tersebut.
  • Sebarang notis, tuntutan atau permintaan yang dihantar melalui pos berdaftar hendaklah dianggapkan telah diberikan empat puluh lapan (48) jam selepas pengeposan.

21.19

Sebarang rujukan dalam SPP ini untuk “menulis” atau menyatakan ungkapan yang memberi tujuan yang sama (“cognate”) termasuk rujukan kepada penghantaran faksimili, surat, e-mel atau cara komunikasi yang setanding.

21.20

Setiap Pihak mengakui bahawa, memasuki SPP ini, ia tidak berbuat demikian atas dasar, dan tidak bergantung kepada, sebarang perwakilan, jaminan atau peruntukan lain kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan jelas di sini, dan semua syarat, waranti atau terma tersirat lain oleh statut atau undang-undang am (“common law”) dengan ini dikecualikan setakat oleh undang-undang yang dibenarkan.

22.      Variasi

22.1

MyVeteranMall boleh mengubah apa-apa Terma-terma di sini, dan sebarang fi-fi, prosedur-prosedur dan polisi-polisi yang mentadbir Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut,  atau Platform tersebut pada bila-bila masa. Perubahan ini akan berkuatkuasa selama tujuh (7) hari selepas penerbitan di Platform tersebut, atau dalam bentuk pemberitahuan lain kepada anda. Anda bertanggungjawab untuk menyemak notis, dan penggunaan berterusan Perkhidmatan oleh anda, dan/atau  Platform, berikut perubahan yang berkuatkuasa akan membentuk penerimaan anda terhadap perubahan tersebut. Jika anda tidak bersetuju dengan sebarang perubahan, anda mesti berhenti mengguna Perkhidmatan dan Platform yang berkaitan (kecuali setakat yang diperlukan dalam Terma-terma tersebut), dan menghubungi Sokongan kami  untuk menyahaktifkan Akaun Penjual anda di mana Terma-terma di sini akan ditamatkan. Untuk mengelakkan keraguan, versi terma yang lebih baru akan menggantikan versi lama, melainkan dipersetujui oleh MyVeteranMall.

 

Back to top